fbpx

10 Selebriti Seperti Anak Dara Walaupun Ramai Anak

Perut mengeleber dan berat badan susah nak turun antara masalah yang dihadapi oleh wanita yang baru bersalin terutama sekali bersalin secara pembedahan atau caesarean.

Ramai wanita di luar sana baru anak satu tapi badan dah macam anak 10. Memang susah nak turunkan berat badan.

Tapi 10 selebriti cantik ini memiliki badan seperti anak dara walaupun ramai anak.

1. Siti Sarah 

Ramai yang cemburu dengan penyanyi kecil molek ini. Mana tidaknya, dah ada 3 orang anak pun masih langsing. Rasanya sekarang lagi langsing jika dibandingkan masa zaman anak dara dulu. Nampak macam budak sekolah pun ada.

2. Fasha Sandha

Kecantikan pelakon ini memang tidak dapat dinafikan. Pakai apa saja pun tetap nampak cantik. Imej rambut pendek pun tetap jelita. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini masih kekal langsing dan makin menawan.

3. Nia Ramadhani

Pelakon dari Indonesia yang terkenal menerusi drama sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini langsung tak nampak seperti seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak. Apa rahsia Nia agaknya?

4. Ziana Zain 

Tahun ini menganjak usia 50 tahun, penyanyi bersuara lantang ini masih kekal cantik dan miliki body meletop walaupun sudah mempunyai 4 orang cahaya mata.

5. Rozita Che Wan 

Che Ta memang terkenal dengan gelaran ‘badan kerengga’. Lihat saja bentuk badannya yang langsing mengalahkan anak dara walaupun dah ada 3 orang anak.

6. Marion Caunter 

Siapa sangka personaliti TV cantik ini memiliki 3 orang cahaya mata yang comel-comel. Apa yang pasti, body Marion masih meletop macam dulu!

7. Daphne Iking 

Pengacara popular Daphne Iking masih kekal cantik dan menawan walaupun bergelar ibu kepada 3 orang cahaya mata. Cepat betul langsing selepas melahirkan anak ketiganya pada tahun 2016.

8. Rita Rudaini 

Pelakon dan pengacara cantik ini memang layak digelar ‘Mama Vouge’. Mana tidaknya, kalau keluar bersama 2 orang anak lelakinya, dah macam kakak dengan adik je.

9. Amy Mastura 

Pelakon berusia 47 tahun ini masih kekal cantik dari dulu hingga sekarang. Wajahnya yang seperti keanak-anakkan membuatkan ibu kepada 2 orang anak ini seperti anak dara.

10. Catriona Ross 

Gara-gara sering dicemuh penerbit drama kerana saiz badan besar, pelakon Catriona Ross mengakui pernah hadapi masalah kemurungan. Tekad untuk miliki bentuk badan idaman, ibu kepada 3 orang cahaya mata ini semakin cantik dan menawan.