fbpx

10 Selebriti Popular Yang Mengambil Anak Angkat

Boleh dikatakan ramai juga selebriti popular Malaysia yang mengambil anak anagkat. Tindakan mereka harus dipuji kerana bukan mudah untuk menjaga anak angkat lebih-lebih lagi jika mereka masih bujang.

Apa yang pasti, ia patut dijadikan contoh kerana mereka sanggup membela nasib kanak-kanak yang mungkin ketiadaan ibu bapa.

Kami senaraikan 10 selebriti popular Malaysia yang mengambil anak angkat.

1. Stacy

Stacy antara selebriti yang mengambil anak angkat walaupun ketika itu masih belum lagi bujang. Stacy mengambil Bella De Luna Velentine yang berasal dari Sabah sebagai anak angkatnya. Bella kini berusia 6 tahun.

2. Umie Aida

Sebelum mendirikan ruamh tangga, Datin Paduka Umie Aida juga turut mengambil dua orang anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy yang kini sudah meningkat dewasa.

3. Misha Omar

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta ini juga turut mengambil seorang anak angkat lelaki pada tahun 2007 iaitu Mohd Adam Emir. Pada awalnya, Misha tidak mendapat hak penjagaan sepenuhnya sehingga tahun 2009. Kemudian, Misha mengambil seorang lagi anak angkat perempuan, Humaira Lateefa. Kini, Misha turut mempunyai seorang anak kandung lelaki, Muhammad Idris Ezzwa.

4. Almy Nadia

Pada tahun 2010, Almy Nadia mengambil anak angkat, Nur Afrina Darwisya yang kini berusia 8 tahun. Alamy kini mempunyai dua orang anak kandung bersama suaminya Fizz Fairuz.

5. Erma Fatima

Sepanjang 27 tahun perkahwinan bersama bekas suaminya Bade Azmi, Erma memiliki 5 orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24, Ahmad Arir, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain, 11.

6. Jue Aziz

Pada tahun 2013, khabar angin mendakwa Jue menghilangkan diri kerana mengandung. Namun sebenarnya, pelakon itu sibuk menjaga anak angkatnya. Anak angkatnya kini berusia 5 tahun.

7. Fynn Jamal

Umum mengetahui Fynn mempunyai masalah untuk hamil dan pernah juga mengambil seorang anak angkat lelaki, Bakti Arjuna Fitri yang kini sudah menjangkau usia 5 tahun. Baru-baru ini juga, Fynn Jamal baru saja mengambil seorang lagi anak angkat perempuan yang diberi nama Sakti Kencana Fitri.

8. Zizie Ezette

Pada tahun 2015, Zizie Ezette membuat keputusan untuk mengambil anak angkat yang diberi gelaran Baby J. Sedang hamil anak kembar pada tahun lalu, rupanya Zizie mengasuh seorang lagi anak angkat, Aaric Zayn Izette yang kini berusia tujuh bulan setengah.

9. Datuk Aliff Syukri

Tahun lalu, usahawan kosmetik popular Aliff Syukri mengambil dua orang anak angkat yang diberi nama Ameena dan Qayyum. Isterinya, Datin Shahida juga kini sedang hamil anak ke-4.

10. Hael Husaini

Pada Mei tahun lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Jampi ini mengambil anak angkat seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Halena. Menurut Hael, anak angkatnya itu merupakan rezeki yang sangat berharga buat dirinya.