fbpx

Sebut sahaja produk Apple, ramai yang tahu kehebatan produk yang sentiasa menjadi kegilaan ramai ni. Dari telefon pintar bernama iPhone atau sebuah tablet dengan nama iPad serta banyak lagi produk dari Apple ni menyebabkan ianya sentiasa menjadi sebutan ramai pengguna.

Salah satu alasan kenapa ramai pengguna mahu membeli produk Apple yang lebih mahal berbanding produk lain adalah disebabkan produk dari syarikat Cupertino, Carlifornia ini hebat. Jadi memang tak dapat disangkal lagi kalau orang ramai berebut-rebut mahu membeli sekiranya ada promosi!

Hah! Sebut tentang promosi, kami ada ‘surprise’ untuk anda. Promosi kaw-kaw untuk semua produk Apple selama 10 hari di Thunder by Thunder Match. Perghhh…’heaven’ betul!

Promosi ini bermula 26 Jun sehingga 5 Julai 2020! Rugi kalau anda abaikan mesej ini. Jom lihat di bawah apa promosi yang ada.

Hanya Guna Hujung Jari Sahaja…

Ada dua cara anda boleh lakukan sama ada secara online atau pun anda boleh terus ke store-store berdekatan anda.

Bagi anda yang malas nak gerak, jangan risau, anda boleh lakukan pembelian secara online sahaja. Anda boleh dapatkan e-baucar rebat segera bernilai RM50 apabila anda membuat pembelian pada produk Apple bernilai RM2,000 ke atas.

Lagi best, penghantaran adalah PERCUMA! Tak perlu bayar duit postage…Jimat di situ. Bagi pemegang kad Hong Leong Bank pula, anda boleh lakukan pelan ansuran sebanyak 0%. Wow! Kalau macam ni, kami pun nak jugak. Boleh bergaya dengan produk Apple.

Amacam? Menarik tak?

Peluang Menang Hadiah Hebat

Dah bagi promosi kaw-kaw, mereka nak bagi anda hadiah pulak. Anda berpeluang memenangi hadiah hebat apabila anda membuat pembelian produk Apple terpilih di 4 buah store yang sedang melakukan diskaun hebat ini.

4 buah Thunder Apple Authorized Reseller store berada di mall berikut; Aeon Seremban 2, Mesra Mall, Berjaya Megamall dan Plaza Merdeka. Get ready gais!

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memenangi hadiah utama AirPod Pro bernilai sehingga RM1,099 sekiranya anda melakukan pembelian produk Mac, iWatch, iPhone dan iPad. Anda berpeluang untuk putar dan menang hadiah lumayan dari mereka. Fuhhh…kami dah ketar kaki dahni nak ke sana! Anda jangan lepaskan peluang keemasan ini okay.

Dapatkan Diskaun iPhone SE Apabila Anda Ke Sana

Nikmat apa lagi yang anda nak? Sini, sini…kami nak bagitahu. Anda boleh dapatkan diskaun RM50 jika membuat pembelian iPhone SE, 128GB berwarna hitam. Harga original RM2,199 tapi selepas diskaun anda boleh dapatkan dengan RM2,149 sahaja!

Aduhai betul-betul nikmat. Jangan terlepas tau. Anda kena ingat promosi ni hanya berlangsung selama 10 hari sahaja. Sangat-sangat rugi kalau anda tak grab peluang ini.

Anda boleh buat pembelian secara online di Online store ataupun pergi sahaja di 4 lokasi yang kami sebut tadi okay.

Layari Facebook Page di sini dan Thunder online store untuk maklumat lebih lanjut. Jom serbu sekarang!