fbpx

Zahirah MacWilson Akui Selesa Bersama Zul Ariffin

Nama pelakon Zahirah MacWilson baru-baru ini telah menjadi perhatian apabila didakwa keluar bersama Zul Ariffin, sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada Zul masih lagi bersama kekasihnya atau kini sudah memilih Zahirah.

BACA: Zahirah MacWilson Nafi Jalin Cinta Dengan Zul Ariffin

Melalui portal Media Hiburan, Zul Ariffin dan Zahirah dikatakan telah menghadiri majlis tayangan amal bersama-sama malah Zahirah juga tidak berselindung mengenai apa yang berlaku di antara mereka ketika ini.

“Saya bukan mengelak. Apa yang boleh saya katakan, kami berkawan rapat. Saya tidak mahu berkongsi terlalu banyak maklumat kerana kami hanya berkawan. Kalau apa yang peribadi, biarlah saya simpan sendiri”

“Saya dan Zul sama. Dia juga jenis terbuka seperti saya,” jelasnya kepada portal tersebut. Apa-apa pun, pastinya pasangan ini keluar bersama atas dasar kawan. Eh, pasangan pula. Maksud kami, mereka’kan benar-benar hanya kawan rapat sahaja’kan? (rtky/s)