Zahid AF Sahkan Kahwini Tengku Mardiana Tahun Ini, Belum Tetapkan Tarikh | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
08 January 2012, 10:01AM

Selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pembaca kami yang masih setia di’hadapan PC masing masing — dalam kata lain keluarlah lihat alam yang indah.

Ketika bertemu Zahid baru baru ini ketika sesi fotografi di konti Era FM, sempat kami ajukan soalan cepumas buat beliau yang sebelum ini di’gossipkan bakal berkahwin hujung 2011.

Cepat cepat Zahid bertanya mana kami dapat informasi tentang itu & mengatakan semua tidak benar sama sekali.

Namun, Zahid tidak lokek untuk berkongsi yang beliau dan kekasih, Tengku Nurul Mardiana sudah merancang untuk mendirikan rumahtangga sekitar tahun 2012 ini tetapi masih belum ada tarikh yang ditetapkan.

Dua keping gambar yang anda lihat di’sebelah ini merupakan koleksi peribadi Zahid yang belum pernah di’paparkan di’mana mana dan mereka berdua boleh kita lihat sangat bahagia bersama. 

Seperti kami laporkan sebelum ini, Tengku Nurul Mardiana merupakan seorang kerabat diraja Pahang. Dan Zahid, jangan lupa layangkan kad perkahwinan buat kami nanti. Tahniah in advance!


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>