fbpx

Yusry KRU Mengaku Rancang Kahwini Lisa Surihani 2013

Selepas gossip mengatakan pasangan ini bakal berkahwin pada tahun 2012 di’patahkan Yusry KRU sendiri, jejaka ini mula bercakap kepada media.

Berita Harian ini melaporkan yang Yusry KRU mengaku bakal mengahwini kekasih beliau, Lisa Surihani 2013 akan datang.

“Kalau ikutkan hati, memanglah mahu cepat namun kami harus menghormati keluarga mengenai hasrat kami itu”

“Yang pasti, kami tidak akan berkahwin tahun hadapan kerana Lisa Surihani akan berlakon dalam filem arahan saya, Ular,” kata Yusry KRU kepada media.

Yusry KRU turut mengakui jatuh cinta kepada Lisa Surihani kerana wajahnya yang lembut & ayu, “…setiap kali memandang Lisa Surihani, sejuk hati di’buatnya.”

Mahu bayangan Yusry KRU & Lisa Surihani sebagai keluarga? Dengarkan ucapan raya mereka berdua bersama pelakon cilik, Mia Surihani selepas ini. Enjoice!