fbpx

Wardina Safiyyah Tegur Kedai Tudung Layan Pelanggan Macam Lembu

Berikutan viral sebuah video yang menunjukkan orang ramai sedang berasak berebut untuk mendapatkan koleksi terbaru tudung dari jenama terkenal semalam, ramai yang mengkritik sistem pengurusan kedai tudung berkenaan, termasuk Wardina Safiyyah menerusi akaun Facebooknya.

BACA: Wardina Safiyyah Luah Rasa Kesal Isu Turunkan Salib

Screen Shot 2016-04-03 at 9.42.03 PM

Menurut Wardina, ini bukan kali pertama sistem pengurusan kedai tudung berkenaan membiarkan pembeli beratur panjang, bertolak-tolak diantara lelaki perempuan hanya untuk membeli koleksi tudung terbaru mereka. Peniaga juga perlu tahu adab melayan pelanggan dengan betul.

Selain itu, Wardina turut meluahkan rasa terkilannya terhadap pemilik butik yang hanya tersenyum kegirangan sambil geleng kepala kononnya pening melihat gelagat orang ramai yang menyerbu kedai mereka, tanpa melakukan sebarang tindakan untuk mengatasi masalah berkenaan.

Rata-rata pengikut Wardina bersetuju dengan pendapat yang disuarakan dan ada juga yang berang dengan menyalahkan pengurusan pemilik tudung berkenaan yang sanggup membiarkan sahaja perkara itu berlaku berulang kali. (rkty/w)