fbpx

Video: Shila Amzah, Nadhira Dan Azlan The Typewriter Dendangkan Medley Lagu Popular Siti Nurhaliza

Sebelum kita terus kepada Siti Nurhaliza yang menjadi tumpuan utama semua mata petang tadi, kita jamu selera dengan pembuka hidangan dari bakat muda negara.

Lewat petang tadi, ketika pelancaran album Inggeris baru Siti Nurhaliza ‘All Your Love‘, tiga suara di’berikan peluang menyanyikan semula tiga buah lagu popular Siti Nurhaliza secara medley.

Shila Amzah mendendangkan lagu Aku Cinta Padamu — yang pada mulanya agak offbeat pada pendengaran kami tetapi berakhir dengan begitu baik.

Nadhira, bakat muda yang pernah berkongsi pentas dengan Nidji, Padi & Dewa di Indonesia sebelum ini mendendangkan lagu Percayalah — yang kami lihat agak berusaha untuk mengikut rentak & lenggok asal Siti Nurhaliza.

Azlan dari Azlan & The Typewriter tidak perlukan sebarang pengenalan lagi membawakan lagu Biarlah Rahsia — dinamik suara Azlan memang buat bulu roma meremang & ini merupakan kali pertama beliau bawakan lagu ini.

Video Shila Amzah, Nadhira & Azlan The Typewriter mendendangkan lagu popular Siti Nurhaliza selepas ini. Video jika bergoyang salah orang belakang, tidak tahu duduk diam. Enjoice!