Oleh RotiKaya Staff pada
04 April 2012, 1:04AM

Boleh tahan bangga juga kami bila menonton rakaman persembahan Yuna di’laman web rasmi Conan O’Brien sebentar tadi.

Bukan selalu penyanyi Malaysia di Amerika Syarikat mampu buat penampilan khas di’kaca TV lebih lebih lagi dalam rancangan yang tinggi pengaruh’nya seperti ini.

Video berdurasi 3:25 minit ini bermula dengan pengacara Conan O’Brien menunjukkan kulit album debut Yuna di Amerika Syarikat yang bakal ke pasaran 24 April ini.

Conan O’Brien seterusnya tanpa membuang masa mempersilakan Yuna untuk mencuri perhatian penonton dengan persembahan bersahaja tetapi bertenaga dengan lagu Live Your Life yang mendapat sentuhan penerbit muzik terkemuka USA, Pharrell Williams. 


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...