fbpx

Hujung minggu kami berjaya kami habiskan bersama krew dan artis yang turut serta dalam siri promosi Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) ke Plaza Angsana, Johor Bahru yang di’anjurkan oleh pihak TV3.

Memang meriah suasana Plaza Angsana petang semalam dengan kehadiran peminat hiburan tempatan yang di’anggarkan berjumlah lebih 15,000 orang. Bayangkan suasana kompleks membeli belah dengan hadirin sebegitu.

Dalam banyak banyak persembahan, kami tertarik dengan satu persembahan mengejut oleh Hazama dan Aizat yang membawakan lagu Pokok untuk menghiburkan mereka yang hadir pada hari itu.

Menurut Hazama yang kami temui selepas tamat acara, satu idea untuk berkolaborasi bersama Aizat pada petang itu muncul hanya beberapa jam sebelum persembahan sebenar bermula — kerana ingin berikan kelainan.

Bagi kami, memang menjadi gabungan dua nama besar dalam bidang nyanyian Malaysia ini membawakan lagu Pokok yang sebelum ini di’jangka menjadi salah satu lagu terakhir di pentas Anugerah Juara Lagu ke-26. Enjoice!