
Selama berbulan-bulan Tony Fernandes menafikan yang beliau berminat untuk melabur dalam kelab kesayangan beliau ini, namun hari ini semuanya hampir pasti.
Daily Telegraph semalam melaporkan terus dari kota London menyebut yang boss AirAsia ini bakal menjadi pemilik baru kelab liga Inggeris (EPL), West Ham United.
Tony Fernandes yang sememangnya penyokong setia West Ham sejak dulu lagi di’khabarkan akan mengumumkan berita baik ini sebelum perlawanan West Ham menentang Wolves hujung minggu ini.
Tony Fernandes bukan satu-satunya individu yang berminat dengan pasukan ini, namun reputasi beliau dalam AirAsia & bidang perniagaan memberi peluang yang lebih.
Selepas ini, bolehlah kita lihat logo AirAsia terpampang lebih besar di’siaran langsung perlawanan EPL. Bukan setakat logo kecil di’lengan penjaga garisan.

Tony Fernandes, jangan lupa bawa sedikit kemahiran bermain bola sepak mereka ke Malaysia. Kekalkan momentum perkembangan yang ada.




Ini dikatakan semangat nasional TF. Kalo petronas xsponsor Lotus xleh. Die plak… tarik tajaan red warrios fc poie west ham.
akoo bkn emo. sudut econs, TF cun.
sudut politk… hrmm. xtaw ape motif!
hahaha… apa barang ambil alih west ham.. kalau dah kata kaya sangat ambil alih la man u ke.. liverpool ke.. baru la best!!!
amik alih west ham pastu bg rajagobal coach..walawehhh
gila weh..west ham pon ok ape…
kalau dpt aku harap tony amik aku hahahha
Kalau betul la dapat take over WEST HAM tue… team malaysia buat latihan pusat kat sana jee
siot ko bojan.. pech perut ak bace komen ko.. my team ko pon hancuss