fbpx

Tiket Habis Dalam Masa Tiga Jam, Russell Peters Umum Persembahan Kedua

Siapa yang tidak sempat untuk membeli tiket ketika kegilaan peminat memborong pada 18 April lalu, ini peluang anda untuk mendapatkan tiket yang anda idam idamkan.

Atas permintaan ramai & sambutan persembahan untuk 12 Mei 2012, Russell Peters telah bersetuju untuk menambah satu malam lagi untuk persembahan beliau di Malaysia nanti.

Russell Peters melalui Facebook rasmi beliau mengumumkan yang persembahan tambahan akan berlangsung pada 11 Mei 2012, malam sebelum berlangsung’nya persembahan pertama.

Namun, pihak penganjur & Russell Peters sendiri belum mengesahkan apa apa berkaitan penjualan tiket mahu pun lokasi berlangsung’nya persembahan tambahan ini sama ada kekal di Stadium Malawati atau berpindah ke lokasi berbeza.

Kami akan bawakan maklumat terkini secepat mungkin untuk anda semua. Stay tuned!