fbpx

Terlalu Serius, Jamal Abdillah Dikritik Peminat Gegar Vaganza

Bermula daripada minggu pertama sehinggalah minggu terakhir, rata-rata jenaka Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse selaku pengacara Gegar Vaganza musim kedua tidak pernah gagal membuatkan penonton ketawa namun perkara itu tidak terjadi kepada Jamal Abdillah.

BACA: Jamal Abdillah Akui Sunyi, Cari Wanita Bertudung

UPDATE-1: Nabil menerusi tweet terbaru menyatakan perkara tersebut hanyalah gurauan semata-mata dan mahu orang ramai tidak mengaanggap perkara tersebut terlalu serius.

Terlalu Serius, Jamal Abdillah Dikritik Peminat Gegar Vaganza - in

1- Terlalu Serius, Jamal Abdillah Dikritik Peminat Gegar Vaganza - ROTIKAYA

Menjelaskan pihak penganjur membayarnya dengan jumlah yang banya, Jamal Abdillah menyatakan bahawa dia tida ada masa untuk melayan jenaka Nabil malah perkara itu berlarutan beberapa kali walaupun Nabil sudah meminta maaf.

Berpunca daripada perkara tersebut, terdapat segelintir peminat rancangan realiti televisyen itu menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sikapnya itu dan sekaligus menyatakan tidak menyokong penyanyi legenda berkenaan.

Tidak hanya menyatakan rasa tidak puas hati, ada yang memburukkan Jamal berkaitan zaman silamnya sebelum ini. Emosi betul peminat ya sampai habis kisah lama orang pun kembali dibuka. Bak kata Nabil minggu sebelum ini, mungkin juga itu semua sudah dirancang dan hanya mengikut skrip, mungkinlah. (rtky/s)