fbpx

Tasha Shilla Mahu Ubah Diri Tanpa Paksaan Sesiapa

Baru baru ini nama Tasha Shilla kembali menjadi bualan ramai selepas penampilan beliau di satu majlis dianggap terlalu seksi untuk pandangan umum selain busana yang dikenakan tidak mencerminkan peribadi pelakon ini sebagai seorang wanita Islam.

Tasha Shilla menerima banyak cemuhan di media sosial dan ini bukan pertama kali ianya terjadi. Beliau sedar akan kontroversi yang tidak pernah habis melanda dirinya namun apa yang dilakukan selama ini hanyalah mahu menjadi dirinya sendiri.

BACA: Penampilan Seksi Tasha Shilla Sekali Lagi Cetus Kontroversi

“Saya tak lihat itu sebagai seksi. Seksi kan subjek subjektif? Orang mungkin nampak saya seksi. tetapi saya tak nak komen panjang hal ini. Semua atas paksi saya gemar berfesyen. Sekali lagi saya tak mahu kaitkan agama dalam hal ini. Saya buat ini kerana kerjaya,” ujar Tasha Shilla.

Dalam kenyataan sama kepada Berita Harian hari ini, Tasha Shilla turut meminta maaf kepada semua jika beliau ada buat kesilapan terhadap mereka selama ini selain meluahkan keinginan untuk berubah suatu hari nanti tanpa paksaan sesiapa.

“Beri saya masa. Jangan harap saya akan berubah sekelip mata. Biar saya berubah tanpa paksaan sesiapa tetapi dengan izin-Nya. Cuma sekali lagi saya nak minta maaf kepada semua, andai ada salah silap saya selama ini,” tambahnya lagi. (rtky/m)