fbpx

Tahniah: Nurul Wahab Kongsi Berita Kehamilan

Usia kandungan yang genap 3 bulan membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu “Kerana Terluka” Nurul Wahab Depp berkongsi berita gembira itu di blog peribadinya.

Meskipun begitu teruja untuk bercerita mengenai berita tersebut namun disebabkan nasihat dan mengikut kata orang tua, Nurul tahankan juga dari memberitahu orang kecuali Ning Baizura yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Menurut Nurul lagi, dia kini semakin gemar makan dan kebanyakkan menu makanannya adalah masakan melayu asli.

Antara makanan yang menjadi kegemarannya ialah Nasi Dagang, Pulut kuning dan juga Petai.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Nurul dan suami :)