Timbaland Terbang Khas Ke Malaysia Untuk Konsert Arthur’s Day 2010

Nampaknya kredibiliti Malaysia sebagai destinasi superstar dunia membuat persembahan semakin baik & ini perkembangan bagus untuk anak muda Malaysia (/sarcasm).

Terbaru, sebuah konsert yang kini sudah pun menjadi acara tahunan di Malaysia, Arthur’s Day bakal membawakan satu nama besar & berpengaruh untuk tahun 2010 ini.

Siapa tidak kenal Timbaland adalah tidak wajar di’gelar peminat seni hiburan moden & maha lagha ini. Nama beliau sangat gah di’mata dunia sehinggakan ramai artis popular berebutkan sentuhan emas Timbaland.

Bukti? Justin Timberlake, Nelly Furtado, Madonna, Katy Perry, Keri Hilson, Leona Lewis, Mariah Carey, Wyclef Jean, Missy Elliott, LL Cool J, Keshia Chanté & Jay-Z. Ya, copy pasta dari Wikipedia.

Dan, untuk menaikkan sentimen anti hedonism di’kalangan peminat tegar PAS, konsert Arthur’s Day kali ini juga akan menampilkan Mizz Nina. Ya, gadis yang berduet dengan Colby O’Donis itu.

Berminat? Dapatkan tiket anda hari ini bermula dari RM88.50 dari Axcess Tickets. Tidak pasti samada harga tiket sekali dengan minuman penyuntik semangat atau tidak. Jom!

Video Timbaland bersama selebriti yang baru sahaja meninggalkan bumi Malaysia, Katy Perry selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

MTV World Stage ‘Live in Malaysia’: All-American Rejects Akan Perform

All-American Rejects yang sedang popular di’Malaysia dengan lagu ‘Give You Hell’ telah mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia 15 Ogos ini.

Kehadiran mereka adalah bersempena MTV World Stage yang mana tahun ini Malaysia akan menjadi tuan rumah.

MTV telah mengesahkan kehadiran All-American Rejects & Kasabian (band dari UK) di’samping Estranged sebagai wakil Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh dapatkan tiket ke konsert ini di Sunway Lagoon 15 Ogos nanti.

Sebagai hiburan ringan, kami sediakan video All-American Rejects membawakan lagu hits mereka ‘Give You Hell’ dalam versi akustik. Enjoice! Teruskan Membaca

David Archuleta: Live in Malaysia

Kepada mereka yang masih belum tahu, penyanyi cute kegilaan ramai gadis remaja ini akan membuat showcase di’Malaysia pada 11 April ini.

Showcase ini akan berlangsung di Sunway Lagoon Amphitheatre bermula pukul 3 petang yang dianjurkan oleh Sony Music Entertainment dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, DiGi.

Bagaimana mahu ke’sana? Senang sahaja. Dapatkan maklumat lanjut di digi.com.my/music dan juga boleh didapati dengan menggunakan WAP di wapmusic.digi.com.my.

Kepada peminat-peminat David Archuleta, jangan lepaskan peluang keemasan ini ya! Mana tahu berpeluang bergambar sakan dengan beliau.