Gambar: Nur Fazura Sekitar Majlis Bertemu Peminat Anjuran LUX

Nur Fazura, nama yang kembali di’perkatakan sejak seminggu yang lalu gara gara pengumuman cinta di laman Twitter.

Petang semalam, kami sempat untuk bertemu mata dengan figura pilihan LUX ini dalam satu sessi bertemu peminat di Giant Hypermarket, Kota Damansara.

Seperti biasa, kami bertanyakan tentang kisah cinta terbaru beliau yang kini sudah di’ketahui umum — dan Nur Fazura tidak memberikan banyak komen kerana mungkin isu ini melibatkan banyak pihak.

Tetapi yang pasti, Nur Fazura tidak lokek untuk memberikan pose menarik untuk tatapan anda semua dan ini merupakan set gambar pertama daripada kami sejak isu tempoh hari. Teruskan Membaca

BOTB: Lisa Surihani Dan Nur Fazura Di Parti Pelancaran LISA Malaysia

Ah kami rindukan pertandingan ringkas antara selebriti yang sudah lama kami tidak lakukan, hari ini — Battle of the Babe!

Jika kehadiran Fasha Sandha ke majlis pelancaran majalah LISA versi Malaysia menjadi sensasi satu Malaysia — apa kurang’nya kehadiran Nur Fazura & Lisa Surihani.

Nur Fazura merupakan penghias muka hadapan edisi pertama LISA dan Lisa Surihani hadir memeriahkan majlis meraikan majalah yang mengambil inspirasi dari nama beliau. Ya, kami bergurau.

Siapakah Pilihan Anda Untuk Merangkul Gelaran Artis Baru Wanita Popular Untuk #ABPBH25?

View Results

Loading ... Loading ...

Oleh kerana kedua mereka mengenakan persalinan yang ringkas namun tetap ada gaya tersendiri, Lisa Surihani & Nur Fazura kami aturkan untuk pilihan anda kali ini. Gambar rujukan seperti berikut. Rujukan, LOL! Teruskan Membaca

Nur Fazura & Marion Caunter Dalam Video Promo MyEG Xtra Time

Ini antara video promo paling epik melibatkan selebriti wanita Malaysia, tidak seksi tapi cukup elegan & buat lelaki tidak tidur malam.

Nur Fazura & Marion Caunter kini mengacarakan sebuah rancangan pendek bertajuk ‘MyEG Xtra Time‘ yang ke’udara di ESPN Starsports.

Rancangan berkonsep majalah TV ini akan mengetengahkan kehidupan glamor dalam dunia sukan & hiburan juga kehidupan am biasa.

Ikuti rancangan ini yang keudara setiap Khamis jam 10.30 malam di saluran 813 Astro (ESPN Starsports).

Video penuh promo MyEG Xtra Time oleh Nur Fazura & Marion Caunter selepas ini. Teruskan Membaca