(Gambar) Lokasi Makanan Tengah Hari Kegemaran Lisa Surihani

Lumpuh jadinya operasi sebuah blog gossip kalau dalam masa 24 jam tiada selebriti yang berani buat perkara pelik-pelik. Mahu tulis kisah pencerai & dadah, terlalu common rasanya.

Hari ini, kita bawakan lokasi jalan jalan cari makan kegemaran selebriti kesayangan ramai ini, Lisa Surihani.

Awal hari ini, Lisa Surihani ada menghantarkan sekeping gambar satu lokasi jualan makanan yang menjadi kegemaran beliau.

Kami terus berminat untuk pukul canang satu Malaysia supaya pergi ke gerai makcik Yatte (menurut Lisa Surihani).

Gerai kegemaran Lisa Surihani ini di’katakan terletak di Desa Pandan & lokasi yang lebih spesifik adalah berhadapan restoran McDonalds.

Kepada sesiapa yang mahu merasa makanan terbaik mengikut selera Lisa Surihani, bolehlah berkunjung ke gerai tersebut. Atau, sekadar mahu terserempak dengan Lisa Surihani.

Scha al-Yahya: Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Makan Ayam

Sebagai hiburan santai hari minggu, apa kata kita bercerita tentang aktress selamba Malaysia, Scha al-Yahya. Baru sahaja sebut nama beliau dalam beberapa entri lepas.

Melihat tubuh langsing pelakon ini, tiada siapa sangka yang Scha al-Yahya perlu makan ayam setiap hari kerana itu menjadi telah menjadi rutin makanan beliau.

“Saya tak boleh hidup tanpa ayam. Walaupun saya makan makanan lain, terutama makanan Itali yang menjadi kegemaran saya, saya masih perlu makan ayam untuk melengkapkan hari saya. Saya gemarkan ayam dari Nando’s.”

Ha Nando’s selepas ini bolehlah lantik Scha al-Yahya sebagai duta makanan mereka. Molek sangat kalau Scha dapat makan ayam percuma setiap hari. Heh!

Letih Dengan Tawaran Berlakon: Lisa Surihani ‘direhatkan’ Seketika

Begitulah kalau seseorang pelakon itu popular, memang tidak menang tangan untuk memenuhi semua tawaran yang ada. Bak kata orang tua, rezeki jangan di’tolak.

Seperti si cantik manis Lisa Surihani, sejak menceburkan diri dalam dunia lakonan, memang tidak putus tawaran yang datang sehingga ada yang perasan badan Lisa yang semakin susut.

Penerbit & juga pemilik syarikat Metrowealth, David Teo yang dikatakan prihatin meminta Lisa Surihani untuk berehat seketika dari berlakon. Maklumlah, Lisa Surihani ‘kan aset penting untuk filem-filem Metrowealth.