fbpx

Scha al-Yahya: Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Makan Ayam

Sebagai hiburan santai hari minggu, apa kata kita bercerita tentang aktress selamba Malaysia, Scha al-Yahya. Baru sahaja sebut nama beliau dalam beberapa entri lepas.

Melihat tubuh langsing pelakon ini, tiada siapa sangka yang Scha al-Yahya perlu makan ayam setiap hari kerana itu menjadi telah menjadi rutin makanan beliau.

“Saya tak boleh hidup tanpa ayam. Walaupun saya makan makanan lain, terutama makanan Itali yang menjadi kegemaran saya, saya masih perlu makan ayam untuk melengkapkan hari saya. Saya gemarkan ayam dari Nando’s.”

Ha Nando’s selepas ini bolehlah lantik Scha al-Yahya sebagai duta makanan mereka. Molek sangat kalau Scha dapat makan ayam percuma setiap hari. Heh!