Puteri Lily Lokman Tanpa Make-Up Dan Kini Mengandung Buat Kali Kedua

Pernah anda lihat Puteri Lily Lokman dengan wajah tanpa make-up? Pernah? Kami yakin tidak kerana make-up tebal dengan Puteri Lily Lokman bagai aur dengan tebing.

Tetapi, make-up tebal Puteri Lily Lokman bukan isu besar dalam entri ini, kami hanya mahu kongsikan berita baik dari pasangan suami isteri ini.

Menurut Aziz M Osman, isterinya, Puteri Lily Lokman, 21, telah disahkan hamil buat kali kedua baru-baru ini selepas kandungan pertama mengalami keguguran tidak lama dahulu.

Pasangan ini di’jangka menyambut orang baru dalam hidup mereka pada 31 Ogos ini di’mana seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Puasa.

Tahniah buat Aziz M Osman & Puteri Lily Lokman atas kandungan baru ini. Jaga diri semoga peristiwa sebelum ini tidak berulang. Peace!

Gambar & berita kredit penuh buat portal hiburan Malaysia, Murai.com.my. Ada tips? E-mailkan kepada kami atau Twitter kami, @rotikaya.

Aziz M Osman Akan Terbitkan Semula Azura, Kahwin Sebelum Puasa

Kami letakkan remake filem Azura sebagai main title kerana ia’nya awesome! Right? Right? Yes!

Dalam temubual terbaru bersama mStar Online (we love you!), Aziz M Osman mengesahkan berita ini.

Ace Motion Picture sedang dalam proses menghasilkan semula filem lama terbitan Deddy M. Borhan berjudul Azura.

Filem yang berjaya menaikkan nama Jamal Abdillah sebagai seorang pelakon popular selepas memenangi Bintang RTM beberapa tahun sebelum itu.

Filem ini turut dijayakan oleh Fauziah Ahmad Daud sebagai pelakon wanita utama & mencatatkan sejarah sebagai filem Melayu Malaysia pertama yang mencapai pungutan box-office.

Aziz M Osman juga mengesahkan yang beliau akan menikahi Puteri Lily Lokman pada 6 Jun ini & percaya gadis muda ini mampu menjadi ibu yang baik untuk anak-anak beliau. Yadda yada yawn.

Pesanan ikhlas dari kami buat Aziz M Osman, pilih gandingan hero & heroin yang terbaik untuk filem remake Azura ini. Elakkan cliche Farid Kamil & Lisa Surihani.

Aziz M Osman Bakal Kahwini Puteri Lily, Muda Dari Anak Sendiri

(Sumber Berita & Gambar: Sensasi Selebriti by Budiey)

Beruntung jadi abang Aziz M Osman yang kreatif lagi berharta benda. Kini dapat pula isteri muda yang katanya matang dari segala segi.

Ini semua bermula empat bulan lalu apabila gambar Aziz M Osman & Puteri Lily mula tersebar di internet dan mereka mengakui yang mereka mempunyai hubungan.

Hari ini pasangan ini mengesahkan yang mereka kini sedang menanti tarikh bahagia untuk mereka berdua, namun bakal mengikat tali pertunangan 18 April ini.

“Biarpun bakal isteri saya muda setahun daripada anak sulung saya,Puteri Nurul Fateha, namun dia sangat matang dalam banyak aspek.

“Saya sangat bersyukur dan gembira kerana dia (Puteri Lily) boleh menerima bukan saja saya tetapi juga anak saya seramai enam orang,”kata Aziz M Osman kepada Utusan Malaysia.

Ini merupakan perkahwinan kali keempat Aziz M Osman & kami doakan supaya perkahwinan bersama Puteri Lily kali ini akan kekal selamanya.

(Gossip) Aziz M Osman Datang Ke Anugerah Skrin Dengan Kekasih Baru?

(Sumber Berita & Gambar: Sensasi Selebriti by Budiey)

Ahad di’Malaysia bagai hari penuh gossip & dunia hiburan nampak meriah. Kami terlepas untuk tonton Melodi, damn!

Aziz M Osman yang kini bergelar duda hangat di’katakan datang ke Anugerah Skrin baru-baru ini bersama buah hati baru.

Tiada siapa sebenarnya dapat confirmkan kenyataan ini namun melalui gambar yang ada, mereka berdua nampak mesra.

Apa yang di’khabarkan si gadis ini merupakan salah seorang pelakon baru ciptaan Aziz M Osman kita & nama’nya masih misteri.

Selepas perkahwinan segera dengan ustazah berakhir dengan tragis komedi, tiada salah rasanya Aziz M Osman mencari pengisi ruang hati yang baru.

Orangnya pun nampak manis & ada sifat kemelayuan. Mana tahu betul-betul mereka berkasih, kami doakan berkekalan sampai akhir hayat.