Review Filem: Lagenda Budak Setan

Petang tadi kami berkesempatan untuk menonton filem Melayu terbaru di’pawagam — Lagenda Budak Setan.

Seperti semua sedia maklum, filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel terlaris sepanjang zaman dengan tajuk sama karya Ahadiat Akasyah.

Filem ini di’arahkan oleh Sharad Sharan yang turut mengarahkan filem Diva & Tipu Kiri Tipu Kanan. Untuk berlaku adil, kami mengakui kami tidak pernah tonton filem arahan Sharad Sharan sebelum ini.

Mempertaruhkan hero tipikal masa kini, Farid Kamil & si manis kesukaan kami, Lisa Surihani, pengarah tidak begitu berjaya mencetuskan chemistry antara mereka berdua. Teruskan Membaca

(Trailer) Lagenda Budak Setan: Dari Novel Terlaris Kini Ke Filem

Okay mungkin kami blog hiburan terakhir menulis tentang adaptasi novel ini ke filem kerana sebelum ini projek ini nampak semacam tidak menarik perhatian.

Tidak lagi selepas kami tonton trailer ringkas yang di’keluarkan beberapa hari lalu & satu sebab kuat untuk kami pergi tonton, sinematografi yang cantik.

Filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, nama baru yang kami jangka bakal naik selepas ini, di’bintangi oleh nama-nama muda yang besar seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Fazura, Que Haidar, Raja Farah & ramai lagi.

Melihatkan kepada trailer yang di’keluarkan, pengarah filem ini berjaya mengangkat mood novel ke layar perak dengan gerak kamera & permainan warna yang sangat tepat.

Kami bukan pakar filem, tetapi Lagenda Budak Setan mungkin akan jadi antara filem paling cantik tahun 2010. Yang terbaik? Kita tonton dahulu di’pawagam.

Trailer Lagenda Budak Setan selepas ini. Lakonan Lisa Surihani nampak ada peningkatan. Enjoice! Teruskan Membaca