Hantar Gambar & Gossip Eksklusif Kepada Kami Untuk RM50. No Questions Asked.

E-mail Us: hi@rotikaya.com

(Gossip) Hafiz AF7 Mahu Tumpu Karier, Putus Cinta Dengan Fifi Azman?

April 20, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under News

Fifi Azman Hafiz AF7 (Gossip) Hafiz AF7 Mahu Tumpu Karier, Putus Cinta Dengan Fifi Azman?

Disclaimer: Informasi ini datang sepenuhnya dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Awal Mac yang lalu, Murai.com.my ada menyiarkan gambar Hafiz AF7 bersama kekasih hatinya bernama Fifi Azman yang merupakan seorang yang sangat baru dalam dunia modelling.

Dalam berita yang sama, hubungan mereka berdua di’katakan mendapat restu kedua belah pihak & kisah Fifi Azman yang bermula sebagai peminat bertukar kekasih ini mula mendapat perhatian.

Beberapa minggu lalu, ada peminat hiburan terserempak dengan mereka berdua di lapangan terbang & menyaksikan aksi gelihati pasangan remaja ini.

Hari ini, satu gossip timbul mengatakan yang sebenarnya hubungan mereka telah putus dek kerana Hafiz AF7 mahu menumpukan lebih perhatian kepada karier seni beliau.

Hafiz AF7 juga di’katakan tidak mahu terganggu dengan hal remeh temeh percintaan & mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan bersama Fifi Azman.

Sejauh mana kebenaran gossip ini, kami kurang pasti selagi belum keluar dari mulut tuan punya badan. Menurut sumber, Fifi Azman mula menafikan keretakan hubungan mereka di’Facebook.

(Gambar) Erin Malik, Bakal Ratu Layar Perak Di Hari Sukan Sekolah

March 29, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, Photos

Photobucket

Entah apa jenis cerita yang kami bawakan pagi ini, tetapi 10 tahun dari sekarang, entri ini bakal menjadi epik. Harapnya.

Rasanya ramai lagi peminat hiburan Malaysia belum kenal siapa gerangan Erin Malik tetapi selalu nampak kelibat gadis genit ini di kaca televisyen.

Terbaru,Erin Malik tampil dalam video klip terbaru Hafiz AF7, ‘Noktah Cinta’ & hasil lakonan sedih melampau beliau menunjukkan gadis ini boleh bergelar pelakon air mata.

Gambar yang kami sertakan ini di’ambil ketika Erin Malik menghadiri acara Hari Sukan 2010 di’sekolah beliau.

Melihat kepada gambar yang ada, Erin Malik nampaknya tidak terlibat dengan mana-mana acara sukan tetapi kelibat beliau sebagai penyokong pasti di’hargai ramai.

Lagi gambar selepas ini & percayalah, mood untuk menulis gossip lebih serius belum timbul. Enjoice! Read more

10 Selebriti Malaysia Paling Popular Menurut Google Zeitgeist 2009

December 2, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, News

42494206 10 Selebriti Malaysia Paling Popular Menurut Google Zeitgeist 2009

Entah kenapa Google cepat benar keluarkan senarai keyword popular sepanjang 2009. Kita masih dalam permulaan Disember.

Tidak mengapa. Yang penting, senarai yang di’keluarkan Google untuk Malaysia nampak sedikit lari dari biasa.

Zee Avi, penyanyi kelahiran Malaysia yang kini berpengkalan di Amerika Syarikat menduduki tangga pertama selebriti atau penghibur Malaysia paling di’cari.

Pesaing sihat beliau, Yuna menduduki tangga kedua manakala tempat ketiga & keempat masing-masing di’duduki bintang Akademi Fantasia, Hafiz & Aril.

Bintang Nur Kasih, Tiz Zaqyah nampaknya benar-benar memberi impak kepada industri hiburan dengan menduduki tangga ke-5.

Heroin drama bersiri Blogger Boy Julie Woon ke-6, Stacy ke-7, Tomok ke-8, kumpulan alternatif sensasi Bunkface di tempat ke-9 & kemunculan mengejutkan di’tangga ke-10, Linda Onn.

Senarai penuh boleh di’lihat di Google Zeitgeist 2009 & jika ada yang mencari Fasha Sandha, beliau berada dalam senarai newsmaker.

Hafiz AF7 Sumbangkan Suara Latar Sebagai Ben 10 Versi Bahasa Melayu

November 21, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, News

kentangd Hafiz AF7 Sumbangkan Suara Latar Sebagai Ben 10 Versi Bahasa MelayuLepas ini, Hafiz AF7 pasti akan semakin di’gemari kanak-kanak.

Cartoon Network Asia telah memilih Hafiz AF7 untuk menyumbangkan suara dalam siri televisyen Ben 10 Alien Swarm.

Hafiz akan membawakan watak Ben Tennyson & menurut Budiey, siri pertama voiceover Hafiz untuk Ben 10 berjalan sangat bagus.

Rumah kami tiada kanak-kanak dan kami tidak pernah rasa perasaan seorang kanak-kanak teruja melihat Ben 10.

Tetapi, di’kedai & pasaraya, produk Ben 10 memang laris & menjadi rebutan kanak-kanak.

(Sumber Berita & Gambar: Budiey dari Sensasi Selebriti)

Blog Widget by LinkWithin