fbpx

(Gossip) Hafiz AF7 Mahu Tumpu Karier, Putus Cinta Dengan Fifi Azman?

Disclaimer: Informasi ini datang sepenuhnya dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Awal Mac yang lalu, Murai.com.my ada menyiarkan gambar Hafiz AF7 bersama kekasih hatinya bernama Fifi Azman yang merupakan seorang yang sangat baru dalam dunia modelling.

Dalam berita yang sama, hubungan mereka berdua di’katakan mendapat restu kedua belah pihak & kisah Fifi Azman yang bermula sebagai peminat bertukar kekasih ini mula mendapat perhatian.

Beberapa minggu lalu, ada peminat hiburan terserempak dengan mereka berdua di lapangan terbang & menyaksikan aksi gelihati pasangan remaja ini.

Hari ini, satu gossip timbul mengatakan yang sebenarnya hubungan mereka telah putus dek kerana Hafiz AF7 mahu menumpukan lebih perhatian kepada karier seni beliau.

Hafiz AF7 juga di’katakan tidak mahu terganggu dengan hal remeh temeh percintaan & mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan bersama Fifi Azman.

Sejauh mana kebenaran gossip ini, kami kurang pasti selagi belum keluar dari mulut tuan punya badan. Menurut sumber, Fifi Azman mula menafikan keretakan hubungan mereka di’Facebook.