(Gambar) Zahnita Kitar Semula Baju Datuk Siti Nurhaliza?

Kalau ada yang masih ingat, ketika Zahnita mula-mula muncul di persada seni tanah air, ramai bilang wajahnya mirip Siti Nurhaliza.

Sehingga Zahnita terpaksa mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak mahu di’samakan dengan ikon muzik Malaysia itu. Orang ramai pun senyap.

Hari ini, tidak semena-mena, Zahnita sendiri nampaknya mahu menyamakan diri beliau dengan Datuk Siti Nurhaliza.

Jika di’lihatkan kepada gambar di’atas, tekaan pertama gadis langsing di’tengah-tengah itu pasti susuk tubuh milik Siti Nurhaliza.

Nyatanya ia adalah milik Zahnita & baju yang di’pakai saling tidak tumpah dengan satu persalinan yang pernah di’pakai Datuk Siti Nurhaliza tidak lama dahulu.

Lagi gambar Zahnita mencuba untuk menjadi jelmaan Datuk Siti Nurhaliza selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

(Gambar) Siti Nurhaliza & Konsert Sejuta Warna Anjuran Hai-O

Selepas konsert SATU yang gilang gemilang di Istana Budaya beberapa bulan lepas, kali ini Siti Nurhaliza kembali dengan konsert Sejuta Warna.

Penggunaan angka yang mendadak dalam nama konsert ini sinonim dengan gossip yang mengatakan Siti Nurhaliza di’bayar lebih RM1 juta untuk menjayakan konsert ini.

Konsert Sejuta Warna yang di’anjurkan oleh syarikat MLM Hai-O ini di’anjurkan sempena menyambut ulangtahun ke-17 Hai-O. Teruskan Membaca

(Gossip) Hans Isaac Kini Berpacaran Dengan Yasmin Hani?

Gossip ini baru sahaja keluar beberapa puluh minit tadi & ini satu perkembangan yang menarik.

Bujang yang agak terlajak, Hans Isaac hari ini di’katakan sedang menjalin hubungan cinta dengan pengacara comel, Yasmin Hani.

Dari pengamatan fizikal, mereka berdua ini nampak sepadan.Sama cantik sama-sama memiliki wajah Pan Asia.

Tetapi tidak tahu bagaimana emosi mereka bersatu jika benar gossip yang menyatakan mereka bercinta.

Sebarang perkembangan gossip ini akan di’sampaikan secepat mungkin. Peace out!

(Gambar) Fasha Sandha Tetap Hadir Majlis Anugerah Bintang Popular

Walaupun banyak wartawan & media Malaysia seakan belum habis memboikot Fasha Sandha, namun sokongan artis yang seorang ini terhadap dunia hiburan masih belum pudar.

Hadir dalam majlis Anugerah Bintang Popular 2009 baru-baru ini, Fasha Sandha tampil dengan imej & rambut baru. Nampak wajah & penampilan yang segar.

Harapnya kehadiran Fasha Sandha dalam majlis ini membuka mata banyak pihak bahawa beliau masih sayangkan kerjayanya dalam dunia hiburan.

Gambar penuh Fasha Sandha di malam majlis anugerah selepas ini… Teruskan Membaca