Badi Sehati Berdansa? Giliran Anne Ngasri Di Ambang Perpisahan

Harian Metro hari ini menulis tentang rumahtangga Anne Ngasri & Abdul Wafi kini di’landa masalah & kemungkinan besar menuju perpisahan.

Nasib perkahwinan mereka yang akan genap 5 tahun tidak lama lagi akan di’tentukan oleh keputusan mahkamah (atau, keputusan mereka berdua sekali.

“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan”, kata Anne Ngasri kepada media.

Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan.

Kami doakan ini kes penceraian terakhir yang melibatkan pasangan Sehati Berdansa. Harapnya ini bukan badi yang harus di’takuti mana-mana pasangan. Insya-Allah.

Saya Terpaksa Buka Tudung Untuk Cari Rezeki – Anne Ngasri

Niat tidak menghalalkan cara. Itu yang selalu kita dengar.

Dilema sebenarnya para pelakon yang kuat niat untuk bertudung tetapi terpaksa akur kepada tuntutan kerja.

Tetapi, tidak mustahil sebenarnya untuk terus menerima tawaran sekalipun bertudung penuh.

Wardina contoh terbaik, semakin murah rezeki beliau setelah bertudung & kini lebih di’hormati dan popular.

Anne Ngasri dalam satu kenyataan terbaru melalui mStar Online berkata, hati beliau sudah terbuka untuk bertudung seperti mana tuntutan Islam.

“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai”

Namun untuk projek terbaru beliau, Mayang Mengurai, beliau terpaksa membuka tudung atas tuntutan watak & dengan niat mencari rezeki.

Di’sebalik itu semua Anne Ngasri masih berharap yang satu hari nanti beliau akan mampu untuk bertudung penuh di’dalam atau luar drama.

(Gambar) Anne Ngasri & Anak: Ibu Seksi Anak Comel Berisi

Ada orang kata personaliti ibu bapa akan mencerminkan peribadi anak-anak dikemudian hari.

Jika seorang ibu itu seksi, tidak molek pula jika mengatakan anaknya juga seksi. Comel berisi lebih sesuai mungkin.

Koleksi gambar peminat Anne Ngasri ini menunjukkan gambar anak bongsu Anne & suaminya Wafi. Gambar atas adalah anak pertama pasangan bahagia ini.

Lagi gambar selepas ini & aku rasa anak mereka lebih mirip Anne Ngasri. Teruskan Membaca