(Twitter) Umie Aida Bina Surau Dalam Rumah, Cara Lebih Baik Labur Duit

Hari Isnin memang selalu’nya para selebriti berkelakuan baik & kami hampir tiada modal untuk menulis. Jadi, bila artis bina surau dalam rumah, ya itu akan jadi modal kami.

Umie Aida hari ini memberi kenyataan peribadi melalui Twitter bersyukur yang impian’nya untuk memiliki surau dalam rumah sendiri akhirnya bakal terlaksana.

Kalau kami usik perasaan peminat seorang selebriti tersohor Malaya yang melaburkan puluhan ribu ringgit untuk plat kereta, pasti esok blog ini akan di’bakar hangus.

Jadi, renung renungkan & selamat beramal. Kalau Umie Aida ajak mengaji di’surau baru’nya, jangan tolak ya.

(Gambar) Umie Aida Mula Berjinak Dengan Tudung Ala Siti Nurhaliza?

Perkembangan positif nampak’nya yang berjaya Umie Aida tunjukkan selepas berkahwin dengan Datuk K beliau sendiri.

Meskipun di’kecam hebat kerana memakai pakaian yang agak seksi ketika majlis resepsi & tidak selari dengan majlis nikah yang di’adakan di kota Mekah, Umie Aida tampil dengan imej lebih baik hari ini.

Beberapa kali kami terserempak dengan gambar Umie Aida mengenakan tudung yang pernah di’popularkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Mungkin satu hari nanti Umie Aida akan bulat hati untuk mengenaka tudung penuh seperti muslimah sejati hendaknya.

Koleksi gambar pemakaian tudung Umie Aida selepas ini. Enjoice sebab ada gambar rakan-rakan beliau yang boleh tahan awesome. Teruskan Membaca

(Gambar) Pernikahan Umie Aida Di Masjidil Haram, Mekah

Wah seronoknya menjadi tuan punya badan Umie Aida apabila hasrat untuk bernikah di Kota Mekah termakbul.

Gambar yang di’siarkan di’forum Cari ini menunjukkan wajah gembira Umie Aida, Abang K & ahli keluarga yang mengiringi ketika majlis berlangsung.

Suasana yang berlatarbelakangkan Kaa’bah menambahkan lagi nostalgia kepada detik ini di’masa hadapan. Ambil berkat tanah suci Mekah katanya.

Rombongan 20 orang ke Mekah akan kembali 18 Mac ini & majlis resepsi akan di’adakan pada 28 Mac ini.

Majlis resepsi yang akan berlangsung pada 28 Mac akan diadakan di One World Hotel dan bakal dihadiri seramai 1200 tetamu termasuk jemputan khas Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Tahniah buat Umie Aida & Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Semoga kekal sehingga ke akhirnya.

(Gambar) Sambutan Hari Lahir Umie Aida Bersama Jantan Separuh

Apa yang kami nampak awal hari ini adalah sambutan hari lahir Umie Aida yang indah di’hadiri teman-teman & kaum keluarga.

Apa yang kami ketemu malam sebelum itu, adalah majlis sambutan hari lahir Umie Aida oleh teman-teman yang turut mengundang penari lelaki lembut.

Barisan lelaki jelita yang di’jemput nampaknya tidak mengecewakan apabila berjaya meniru aksi kumpulan wanita popular dunia seperti Pussycat Dolls & Wonder Girls.

Dalam majlis yang lebih bersifat keluarga malam berikutnya, Umie Aida mengesahkan yang pernikahan beliau akan berlangsung di luar negara namun butiran masih rahsia.

Umie Aida juga tidak menafikan mahu pun mengiyakan yang beliau akan bernikah di Kota Suci Mekah. Kita tunggu sahaja.

Lagi gambar majlis sambutan hari lahir Umie Aida bersama teman-teman selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

(Gambar) Umie Aida Bersama Abang K Dalam Suasana Kasual

Apa kisah pernikahan Umie Aida & Abang K ya? Tidak berapa dahulu, kata mahu bernikah awal Januari.

Tapi hari ini sudah menjengah ke pertengahan Januari, namun masih tiada berita atau mereka sudah bernikah sebenarnya?

Ada juga ura-ura yang mengatakan hasrat Umie Aida untuk bernikah di Kota Suci Mekah akan di’tunaikan Abang K tersayang.

Dalam gambar terbaru yang di’rakam ketika mereka keluar bersama, Abang K nampak kelihatan lebih mudah dari gambar-gambar sebelum ini.

Mungkin mereka berdua keluar untuk membeli-belah barang untuk majlis pernikahan nanti. Harap mereka bahagia sampai bila-bila.

Gambar wajah ceria & terbaru Umie Aida seorang diri selepas ini. Baru lepas buat facial mungkin. Teruskan Membaca

12