Ako Mustapha Namakan Anak Sempena Nama Ibu Tun Dr Mahathir

Pertama sekali, tahniah buat Ako Mustapha & isterinya Kartina atas kelahiran anak sulung mereka 31 Disember tahun lalu.

Bayi perempuan comel yang selamat di’lahirkan di Tropicana Medical Center di’beri sebuah nama indah, Merissa Tempawan.

Menurut rakan baik Ako Mustapha, Calvin Thoo nama Tempawan itu dipilih sempena nama ibu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seperti yang sedia maklum, Ako Mustapha merupakan cucu kepada kakak sulung Tun Dr Mahathir, Allahyarham Rafeah.

Ako Mustaphan & isterinya juga di’khabarkan belum bersedia untuk memperlihatkan bayi comel mereka kepada media mahupun orang awam.

Tidak mengapa Encik Ako Mustapha, kami akan setia menunggu. Tetapi, kami tidak berharap ada Gugu Gaga Ako selepas ini.

(Gambar) Majlis Pertunangan Datuk K & Umie Aida di I-Zen, Mont Kiara

(Kredit Foto: mStar Online) ‘Abang’ merupakan gelaran yang sering di’panggil kepada Datuk Khairuddin Abu Hassan, 47 oleh Umie Aida.

Malam tadi, mereka berdua selamat mengikat tali pertunangan di I-Zen, Mont Kiara 1 – kondominium mewah yang menjadi hadiah perkahwinan buat Umie Aida dari Datuk K.

Rakan-rakan artis seperti Erra Fazira dan Zahida Rafiq, Noryn Aziz, Lisa Surihani, Nora Danish, Nasha Aziz, Deja Moss, Linda Onn, Betty Banafe, Iqram Dinzly, Ako Mustapha, Chef Wan, Rebecca Nur Al-Islam, Sofea Jane, Jasmin Hamid turut sama memeriahkan majlis pertunangan ini yang turut di’hadiri 200 tetamu.

Lagi gambar-gambar majlis pertunangan Umie Aida & Datuk Khairuddin selepas ini. Teruskan Membaca

Ako Mustapha: Bakal Bapa Tanpa Kerja

Ok’lah. Kerja beliau mungkinlah seorang pelakon & artis sepenuh masa namun bukan itu yang menjadi masalah.

Entah atas kerana apa, tawaran berlakon & aktiviti seni Ako Mustapha nampak seakan statik & ini membuatkan Ako yang akan bergelar bapa tidak lama lagi agak tertekan.

“Karier saya sangat perlahan sekarang dan memang saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan langsung setakat ini.”

“Saya rasa sangat stres dan merasakan kehidupan ini agak ‘tough’ dan bertambah ‘struggle’ dengan keadaan saya yang mempunyai isteri dan bakal mendapat anak nanti.”

Bawa bersabar ye Ako, insyaAllah rezeki Tuhan itu sentiasa ada. Mana tahu kelahiran anak ini nanti akan membawa rezeki melimpah ruah. Kami doakan.