fbpx

Sumber: Putri Mardiana Tipu & Teman Lelaki Belum Cerai

Membaca kenyataan pertama Putri Mardiana kepada media tentang isu khalwatnya pun kita boleh menduga ada sesuatu yang tidak kena dan ramai peminat dunia hiburan yang sangsi dengan dakwaan masuk rumah untuk minum sebentar pada jam 3.00 pagi.

BACA: Putri Mardiana Dakwa Bekas Teman Lelaki Perangkap Khalwat

Belum habis dengan kenyataan tersebut nampaknya ada sumber menyampai yang Putri Mardiana turut berbohong tentang status terkini teman khalwatnya, Ejump yang dikhabarkan sudah pun bercerai secara sah dengan isterinya di mahkamah, semalam.

Astro Gempak melaporkan yang isteri Ejump sendiri ada memuatnaik status di akaun laman sosial mengesahkan yang kes penceraian mereka masih berjalan dan dalam kenyataan itu juga mendakwa Ejump sendiri enggan melafazkan cerai.

#01 Putri Mardiana Didakwa Menipu & Teman Lelaki Belum Cerai - ROTIKAYA

Jika benar seperti didakwa, nampaknya Putri Mardiana memang punyai banyak persoalan yang perlu dijawab dengan segera berkaitan kontroversi beliau ini. Teman lelakinya pun satu, jika terus mahukan Putri Mardiana, lepaskan sahaja isteri sekarang ini. Terseksa jiwa tahu? (rtky/m)

Sumber: Astro Gempak / HLIVE!