Suami Lafaz Cerai Kerana Cemburukan Isteri Meminati Aaron Aziz | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
15 January 2013, 9:01AM

Ini mungkin kisah paling sadis anda dengar hari ini berkaitan peminat dunia hiburan kita hari ini — seorang suami lafazkan cerai kerana cemburukan si isteri yang meminati Aaron Aziz.

Mangga Online hari ini menulis yang seorang lelaki berusia 50’an telah melafazkan talak satu terhadap isterinya yang di’syaki menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz.

“Saya lafaz cerai semasa bangun tidur pukul 10.05 malam. Saya ke ruang tamu dan melihat isteri asyik menonton drama bersiri Adam & Hawa”

“Saya syak isteri saya menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz daripada tingkah lakunya. Saya jadi cemburu dan tak dapat mengawal kemarahan lantas melafazkan talak satu terhadap isteri”

“Saya rasa diri saya tak dihargai lagi,” ujar lelaki itu di’mahkamah menurut sumber kepada laman hiburan tersebut.

Tidak kami 100% pasti yang perkara ini benar benar terjadi tetapi jika ianya benar, bukan satu tindakan bijak buat lelaki tersebut untuk melafazkan cerai kerana cemburukan si isteri yang meminati seorang selebriti.


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>