fbpx

Soo Wincci Dalam Senarai 100 Wanita Tercantik Di Dunia

Ya, Soo Wincci telah tersenarai sebagai salah seorang pemilik wajah tercantik di dunia untuk tahun 2013 yang dikeluarkan oleh Independent Critics yang berpangkalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat baru baru ini.

Soo Wincci menduduki tangga ke 91 dalam senarai itu sekaligus berada di atas nama besar Hollywood seperti Rosie Huntington-Whiteley & Amanda Seyfried yang masing masing menduduki tangga 100 dan 93 dalam senarai The 100 Most Beautiful Faces 2013.

“Bayangkan album Melayu saya baru saja dilancarkan dan tiba-tiba pengurus promosi untuk pasaran Melayu berhenti mengejut. Berita nama saya tersenarai dalam carta itu membuatkan saya bangun semula untuk bekerja keras mengharumkan nama negara”

Beliau berkata demikian kepada Harian Metro hari ini dan menyifatkan ianya satu motivasi tinggi buat dirinya dalam kerjaya beliau ketika ini. Tahniah Soo Wincci! (rtky/m)