fbpx

Percintaan yang boleh dianggap antara paling hangat tahun lalu dengan bermulanya ungkapan ‘cinta hati saya’ oleh Shila Amzah terhadap Sharnaaz Ahmad seakan telah berakhir.

Ini semua selepas Sharnaaz mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu dikaitkan lagi dengan Shila Amzah mahupun keluarga yang kami kira ‘bekas’ kekasihnya itu.

Menurut Sharnaaz Ahmad apa yang berlaku sekarang di antara Shila dan keluarganya bukan lagi menjadi urusan penting bagi dirinya.

“Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat kerana saya rasa semakin hilang hormat kepada bapanya, ND Lala” katanya dalam nada yang tegas.