fbpx

Shaheizy Sam Sengaja Ambil Cuti Panjang & Rancang Kahwin 2014

Pasti ramai yang tertarik dengan tajuk yang mengatakan pelakon popular ini merancang untuk berkahwin pada tahun 2014. Siapakah kekasih Shaheizy Sam ketika ini?

Bercakap kepada Sinar Harian baru baru ini, Shaheizy Sam berkata beliau mensasarkan untuk berkahwin seawal awalnya pada tahun 2014 & tiada tarikh terlalu lewat untuk beliau.

“Saya meletakkan sasar (tarikh) kahwin seawal-awalnya dua tahun lagi ketika saya berumur 32 tahun dan selewat-lewatnya sehingga ke akhir hayat,” ujar Shaheizy Sam.

Namun, apabila di’tanya tentang siapakah gerangan kekasih hati beliau ketika ini, Shaheizy Sam hanya tersenyum dan itu memberikan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Bercakap tentang karier, Shaheizy Sam mengakui yang beliau sengaja mengambil cuti panjang dan berehat daripada muncul untuk elakkan penonton serta peminat merasa bosan.

Bintang Paling Popular 2010 ini juga sebenarnya sudah memiliki produksi sendiri yang di’beri nama Cats & Kids Entertainment yang bakal terbitkan drama pertama tidak lama lagi.

“Ini merupakan syarikat produksi saya sendiri dan bukan dikongsi bersama kakak saya, Zizie yang turut mempunyai syarikat produksinya sendiri, 2121 Vision Pictures,” tambah Shaheizy Sam.