fbpx

Linda Rafar Jadi Penceramah Setelah Pemergian Anak

Pada 5 Julai tahun lalu, anak lelaki Linda Rafar, Rezaimen Keiflin (Memen) telah pun selamat kembali menghadap Tuhan akibat kanser perut. Mahu berkongsi tentang perkara tersebut dengan orang ramai, kini Linda Rafar aktif memberi ceramah berkaitan dengan kanser.

“Saya banyak berkongsi mengenai penyakit kanser dan bagaimana saya lalui dugaan ini dari awal hinggalah Memen menghembuskan nafas terakhir. Saya sedar bukan saya sahaja pernah melalui dugaan seperti ini, orang lain pun pasti ada menerima nasib yang sama”

“Niat saya (sebagai penceramah) hanya sekadar berkongsi dan meluah rasa. Tapi syukur ALhamdulillah, penerimaan mereka yang hadir untuk mendengar dan menyaksikan perkongsian saya diterima. Itu sudah membautkan saya berbesar hati”

“Walaupun pemergian Memen sudah berbulan-bulan tapi saya saya melihat perkongsian ini sebagai memanjangkan kekuatan untuk semua ibu yang pernah berdepan perkara sama seperti saya,” jelasnya kepada BH Plus.

Selain itu, Linda juga ada mengeluarkan buku bertajuk Menunggu Di Pintu Syurga yang menceritakan mengenai pengalaman bersama arwah Memen sebelum ini. Buat Linda, semoga anda kuat menghadapi dugaan yang mendatang. (rtky/s)