fbpx

Masih dalam mood kisah Maharaja Lawak Mega (MLM), tetapi kali ini kita bercerita tentang juri tetap.

Nama Chef Wan memang sering menjadi sebutan dari minggu ke minggu dek kerana komen pedas beliau yang sering singgah ke telinga peserta yang ada.

Sikap jujur Chef Wan memberikan komen mendapat perhatian dari para peminat program tersebut & tidak kurang juga komen balas dari para peserta MLM sendiri.

Pengisytiharan ‘perang Facebook’ terhadap Chef Wan oleh Adlin Aman Ramli kami lihat sebagai kemuncak ‘konflik ringan’ dalam Maharaja Lawak Mega 2011 selain komen positif dari Afdlin Shauki (Boboi) yang di’keluarkan juga menerusi satu kenyataan Facebook sehari sebelum pentas akhir yang berlangsung malam tadi.

Hasilnya, ketika peringkat akhir Maharaja Lawak Mega yang baru tamat malam tadi, Chef Wan di’lihat tidak begitu agresif memberikan komen kepada peserta & ini menimbulkan pertanyaan di’kalangan media. 

Ketika di’temui di sidang media selepas tamat’nya acara, Chef Wan mengakui yang malam ini beliau rendahkan sedikit nada komen beliau kerana di’minta pihak Astro sendiri selain tidak mahu lagi terlibat dengan kontroversi.

Chef Wan turut mengeluarkan kenyataan mengejutkan dengan berkata yang perkara pertama beliau akan lakukan siang nanti adalah untuk menutup halaman Facebook rasmi beliau.

“Saya sudah penat melayan komen komen rakyat Malaysia yang judgemental ini, mereka sebenarnya peminat hiburan yang keliru dengan apa yang mereka mahukan. Dan, berdiam mungkin lebih baik selepas ini,” ujar Chef Wan.

Sayangkan Chef Wan? Pergi ke laman Facebook beliau sekarang dan tinggalkan komen membantah niat Chef Wan ini. Tulisan beliau di’Facebook kami minat.