fbpx

Selebriti Sekitar Perkahwinan Aidil Zafuan, Zarema Zainal

Nampak kami letakkan selebriti di hadapan nama Aidil Zafuan & juga Zarema Zainal kerana mereka berdua masih belum masuk senarai selebriti dalam buku kami. Heh. Namun tidak mengapa, anda semua pasti tetap mahu melihat gambar perkahwinan mereka.

Aidil Zafuan yang juga merupakan bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini telah pun selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Zarema Zainal dengan hanya sekali lafaz pada jam 10.50 pagi pada Jumaat yang lalu.

Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Pandamaran, Klang. Rombongan pengantin lelaki memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin RM7000 dan dibalas 11 oleh pihak perempuan.

Menariknya, Nora Danish dan kekasihnya Nedim Nazi dilihat menjadi mereka yang agak penting dalam majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan mereka sepanjang hujung minggu lalu dengan tampil menjadi salah seorang pembawa dulang dan juga pengapit (?).

Resepsi perkahwinan Aidil Zafuan & Zarema Zainal telah diadakan semalam yang turut dihadiri oleh ramai selebriti tempatan termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Awal Ashaari, Scha al-Yahya dan Fizo Omar selain turut mengundang penyanyi Indonesia, Afgan untuk menghiburkan hadirin.

Terima kasih internet untuk semua gambar yang kami temui di’bawah dan juga terima kasih kepada jurugambar yang mengambil gambar sekitar perkahwinan Aidil Zafuan & Zarema Ismail. Terlalu ramai untuk kami sebutkan nama. Terima kasih kali sejuta. Enjoice!