fbpx

Scha al-Yahya Dan Awal Ashaari Bakal Berkahwin Hujung 2012

Berita baik kepada semua peminat Scha al-Yahya & Awal Ashaari.

Pasangan kekasih yang pernah menjadi bahan sensasi media ini telah membuat keputusan untuk maju ke hadapan.

Berita Harian hari ini melaporkan yang Awal Ashaari & Scha al-Yahya masing masing telah mencapai kata sepakat untuk mengikat tali perkahwinan hujung tahun hadapan.

Maklumat agak terhad ketika ini untuk kami & sedang berusaha untuk mendapatkan info lanjut untuk bacaan anda semua. Stay tuned & rock on!