fbpx

Sarimah Ibrahim & Suami Bercerai

Sarimah & Amir

Sarimah Ibrahim yang mengahwini Amir Andrew Abdullah, 38 pada tahun 2006 di Dublin, Ireland hari ini mengesahkan yang mereka sudah tidak sehaluan.

Hubungan mereka mula terganggu sehingga mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah sementara pada penghujung 2008, namun semuanya tidak dapat merubah apa-apa.

Sarimah menafikan yang wujud orang ketiga dalam perhubungan mereka & jalan ini adalah jalan terbaik buat mereka berdua.

“Jodoh kami sebagai suami isteri yang tidak panjang, jadi usah menganggap yang bukan-bukan mengenai perceraian kami kerana setiap orang mengimpikan kebahagiaan”, kata Sarimah Ibrahim kepada media.

InsyaAllah, akan ada hikmah untuk Sarimah Ibrahim & Amir dari semua ini. Maklumat lanjut & berita penuh di Harian Metro Online.