fbpx

Selamat hujung minggu kawan kawan semua. Bagaimana hujung minggu anda setakat ini?

Aktress & juga selebriti popular Rozita Che Wan kembali ke’dalam radar berita sensasi apabila terpilih menjadi pengacara Anugerah Skrin 2011 bersama Ally Iskandar.

Kalau ada antara kita yang masih meragui kemampuan Rozita Che Wan dalam bidang pengacaraan, Anugerah Skrin 2011 yang berlangsung 4 November ini merupakan sesuatu yang wajib tonton.

Ini kisah ringan berkaitan Rozita Che Wan, KOSMO! melaporkan yang selebriti rebutan ramai lelaki muda ini kini sudah mempunyai polisi untuk tidak bergambar dengan mana mana lelaki.

Tidak kami tahu sejak bila Rozita Che Wan mempunyai polisi seperti ini sedangkan minggu lalu ketika sidang media Anugerah Skrin 2011, Rozita Che Wan tiada masalah mengambil gambar dengan selebriti lelaki.

Persoalan yang sama timbul dalam benak fikiran kami — adakah keputusan terkini Rozita Che Wan ini di’pengaruhi oleh si kekasih hati yang cemburu dengan aktiviti seni beliau? Hmm.