
Seorang pelakon popular, Remy Ishak cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan kira-kira tujuh lelaki di perkarangan Istana Budaya (IB) di sini malam kelmarin.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 27, yang memegang watak Mansur Adabi dalam teater Natrah dipercayai diserang kumpulan lelaki terbabit ketika dia berehat di sebuah bilik selepas sesi pertama pementasan teater tersebut.
Berikutan kejadian, dia yang turut membintangi drama bersiri popular Nur Kasih mengalami cedera di kaki dan kepala.
Menurut sumber, mangsa pada mulanya diekori oleh lelaki terbabit sehingga ke bilik persalinan sebelum dikepung di satu penjuru bilik tersebut.
“Lima daripada lelaki terbabit telah mengepung mangsa manakala dua lagi bertindak dengan memukul beliau. Mangsa mengalami bengkak di muka dan kaki selepas dibelasah,” kata sumber tersebut.
Kami berharap yang motif serangan ini dapat cepat kita ketahui kerana jarang-jarang selebriti kena belasah sebegini.
Samada bermotifkan kewangan ataupun cemburu, harap Remy Ishak cepat sembuh & tampil menceritakan keadaan sebenar.
msti ada sebab… klau x, x kn saja2 nk kna pkul..
aku bajet mamat ni kene belasah sbb ade skandal dgn datin.. hahaha
padan muke ko remy tu la balasan ko jd jantan yg dayus n cakap putar belit.aq akui mule2 aq ake care mamat ni blakon walaupun style die tiru cam jamaluddin hassan.tp ble aq tau hal sbnar die blasah ummie n kebenaran terbukti ble kite yg bijak pandai ni dpt menilai.dan remy sebagai orang yang cepat melatah trus xdpt cover pe yg die da lakukan kat ank datuk tu.stakat mak bapak die nangis n sedey pasal kontroversi die tu orang x heran sangat.tp pk la plak makbapak ummmie ble ank kesayangan die dikasari sampai bdarah.pe kes!!wat malu jer baru naik tp nama da busuuk cam tu skali.