Oleh RotiKaya Staff pada
30 April 2013, 9:04AM

Jika ada peminat yang masih tertanya tanya status sebenar hubungan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof seperti di’dakwa Ammar Alfian, ini ada jawapan yang menafikan cinta antara mereka wujud.

Bercakap kepada GUA hari ini, Puteri Sarah Liyana menafikan wujudnya sebarang hubungan cinta antara beliau & Syamsul Yusof seperti di’dakwa dan turut menyifatkan Ammar Alfian sebagai tidak matang.

BACA: Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Cemburu?

“Saya dah move on. Dia pun dah ada teman wanita. Saya dah malas nak fikir mengenai perkara yang keluar dari mulut dia tentang saya”

“Saya dah penat dengan semua ini. Dia ada bukti ke nak tuduh saya kini bercinta dengan Syamsul? Apa yang dia buat ni merupakan satu tindakan yang tidak matang,” jelas Puteri Sarah Liyana ringkas.

SUMBER
GUA

Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...