fbpx

Siapa peminat Girl’s Generation di sini? Siapa peminat Super Junior? Dan, siapa berminat untuk ikut serta K-pop Crazy Party 2012 anjuran Universal Music?

Walaupun kami bukan’nya selalu menulis berita hiburan dari tanah Korea Selatan, namun kami tahu ada khalayak pembaca kami yang memang meminati dunia K-pop.

Pada 11 Februari 2012, Universal Music akan anjurkan sebuah parti untuk peminat K-pop tempatan & mereka berminat untuk menaja 5 pasang pas jemputan khas.

Kalau anda tanya kami di’mana boleh anda beli tiket untuk sertai Universal K-pop Crazy Party 2012 ini, minta maaf ia’nya tidak di’jual di’mana mana walaupun anda anak saudagar unta.

Universal K-pop Crazy Party 2012 ini akan memperkenalkan artis-artis K-pop yang bernaung di bawah payung Universal Music – termasuk artis dari CUBE Entertainment (Beast, 4Minute, G.Na), SM Entertainment (TVXQ, Super Junior, Girls Generation, f(x)) and JYP (2AM, Wonder Girls). 

Cara’nya mudah sahaja, anda tinggalkan ayat ‘Sarang Hae Rotikaya.com!’ di ruangan komentar di’bawah dan lima orang pemenang bertuah akan di’pilih secara rawak untuk memenangi 2 pas jemputan khas setiap seorang. Mudah?