
Laporan media hari ini ada mengatakan yang program dokumentari kegemaran ramai Majalah 3 akan di’rehatkan sebentar.
Ini adalah untuk memberikan ruang kerapa team Majalah 3 mencari bahan & memperkasakan pengisian program tersebut selama 3 bulan.
Status pengacara comel Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain juga sebenarnya masih dalam tanda tanya. Beliau belum pasti akan di’kekalkan atau akan di’ganti dengan si gadis manis yang baru.
Sebagai ganti, slot Cerekarama akan di’percepatkan ke jam 9 malam & selepas itu penonton akan menikmati satu program baru, Fuhh!
Kononnya ‘Fuhh!’ merupakan program gosip selama satu jam yang akan mengupas lebih lanjut isu-isu yang berlaku di dalam industri hiburan tanah air.
Nampaknya selepas ini kita ada Melodi edisi tengah malam. Kita nantikan sahaja samada Fuhh! mampu jadi lebih panas dari Melodi yang semakin layu itu.




Kalau nak mengupas pun… jangan ler asyik tertumpu kepada orang2 awam aje.. yang banyak berlaku pada golongan VIP.. cuma buat2 tak nampak… satu pertanyaan pada program baru nie ler (Maaf! Tak tahu lagi program apa).. “ADA BRANI KE SERBU VIP CLUB”?
kalau ikutkan situasi tipikal malaysia ni, vip susah org nak usik..
kalau kantoi pun, esok lusa senyap da suratkhabar x tulis apa2.. ha ha
double standard org kata
Itu pasal ler sy tanya.. ADA BRANI KE? Sb kalau dh program tu Program Gossip ‘Fuhh!’ bermaksud tidak mengira darjat atau pangkat.. ini tidak.. macam Program 360 Darjah.. yang dihentam asyik orang awam aje.. dulu minat ler gak nengok.. tp naik bosan lak.. org awam nie jahat sgt ke? Sampai org atasan nie semua x pernah disiarkan… Baik ler gamaknya.. Hmmm.. tepuk dada tanya selera ler kan.. takan nk makan nasi ngan sayur aje.. hari2 pun menu kena tukar… Baru ler ADIL dan SAKSAMA!..
tak ada apa nak komen