fbpx

Pierre Andre Akui Pernah Abai Ajaran Islam, Kini Mahu Kembali

Kami kurang pasti sama comeback Pierre Andre kali ini menjadi atau tidak.

Tetapi, seperti Pierre Andre yang dahulu, pasti akan ada isu aneh aneh yang melibatkan diri beliau.

Baru baru ini, Pierre Andre tanpa ribut tanpa angin mengaku yang kini beliau sedang bercinta dengan kerabat Terengganu.

Hari ini, selepas pelancaran drama terbaru lakonan beliau bersama Sharifah Amani, Tiramisu, Pierre Andre membuat pengakuan ikhlas.

Pierre Andre mengaku pernah mengabaikan ajaran Islam sebenar dahulu & kini mahu kembali mendalami ajaran agama suci itu.

Jejaka berusia 25 tahun ini berkata pertemuan beliau dengan seorang pakcik di Jakarta membuka mata tentang agama Islam yang pernah beliau abaikan sebelum ini.

“Oleh itu, saya kini mula mendalami Islam secara berperingkat. Apa yang telah berlaku pada diri saya sebelum ini ternyata mematangkan dan membuka mata saya tentang kehidupan yang sebenar.”

Kredit berita terima kasih kepada mStar Online. Ada tips berguna untuk kami? E-mailkan kepada kami atau hantar melalui Twitter @rotikaya.