fbpx

Beberapa jam dari sekarang, kami akan berada di konsert solo Pitbull yang akan mengambil tempat di Sunway Lagoon — seorang lagi nama bertaraf antarabangsa mengesahkan kehadiran ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Masih ingat sekitar tahun 2008, ketika Avril Lavigne berada di’puncak populariti penyanyi ini ada menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi jelajah konsert.

Namun, Avril Lavigne menerima tentangan hebat dari pelbagai pihak termasuk sayap Pemuda PAS yang mengatakan imej penyanyi ini ‘terlalu seksi’ untuk tatapan rakyat Malaysia.

Selepas hampir empat tahun, Avril Lavigne mengesahkan yang beliau akan turun ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur untuk menghiburkan para peminat muzik beliau di’sini. Give us five!

Avril Lavigne Live in Malaysia akan mengambil tempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 18 Februari 2012 nanti dan sebarang perkembangan tentang masa & penjualan tiket akan kami khabarkan. Stay tuned!