fbpx

Penyanyi Rock Terkenal Pukul Isteri Depan Bank

Bagaimana berita ini boleh terlepas dari pandangan kami yang memang makan, minum dan tidur dengan gossip setiap hari. Yang penting ianya panas & memerlukan perhatian segera anda para peminat dunia hiburan untuk mula berspekulasi. Eh.

Berita Harian hujung minggu lalu melaporkan yang seorang penyanyi rock terkenal tanah air telah bertindak memukul isterinya di khalayak ramai baru baru ini selepas mereka berdua dikatakan menghadapi satu salah faham yang tidak pasti apa sebenarnya.

Kejadian yang berlaku itu mengejutkan para kakitangan dan pelanggan sehingga menimbulkan kekecohan sebuah bank di Ampang & khabarnya ianya berlaku selepas rockers itu meminta wanita itu untuk mengeluarkan wang di bank tersebut.

Wanita itu yang juga merupakan ibu kepada tiga anak hasil perkahwinan dengan penyanyi rock ini mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat perbuatan suaminya itu. Teruk sangat agaknya dipukul, maklumlah mana mahu melawan.

Ada sumber yang menyampaikan kepada kami, walaupun tidak tertulis dalam laporan akhbar, yang semua ini berpunca apabila si isteri bertindak mencuri wang tunai suaminya dan rockers yang memang terkenal dengan sikap panas baran itu tidak dapat menahan sabar. (rtky/m)