
Pelik. Sepatutnya kredit untuk berita ini adalah untuk Gua.com.my namun laman hiburan itu menarik balik laporan berita ini tidak sampai 24 jam.
Bertuahnya anda sebagai peminat adalah ada golongan kami yang peka dengan berita baru biarpun baru 5 minit di’siarkan. Maka, kami simpan sedutan berita tersebut.
Copy pasta artikel yang hilang dari Gua.com.my bermula selepas ayat ini. Kami tidak mahu siarkan versi sendiri kerana takut salah informasi. Ada urat takut juga kami rupanya. Heh!
Hubungan cinta antara Awal Ashaari & Scha sudah tidak asing lagi. Scha & Awal juga sudah mengaku mereka berdua memang bercinta.
Awal Ashaari juga difahamkan memang mahu menjadikan Scha sebagai isterinya cuma tarikh perkahwinan belum dipastikan lagi.
“Kalau difikirkan tentang batasan-batasan sebelum berkahwin, memang saya sudah tidak sabar untuk berkahwin dengan Scha. Tetapi apabila difikirkan tentang komitmen, saya tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan.”
“Lagipun, hubungan saya dan Scha baru berusia 10 bulan. Biarlah kami ambil sedikit masa lagi untuk mengenali hati budi masing-masing. Tetapi tak naklah lewat sangat.”
“Kalau ikut perancangan, saya ingin berkahwin pada umur 30 tahun, tapi tengoklah macamana nanti. Tak berani hendak cakap. Buat masa ini saya dan Scha memang tidak pernah tetapkan tarikh kahwin.”
“Apa yang penting sekarang ini ialah perhubungan saya dan Scha mendapat restu kedua-dua belah keluarga. Saya memang pentingkan perkara ini sebab saya ini ‘family man’,” jelas Awal.
Dalam pada itu, Awal sempat bercerita tentang gandingan pertamanya dengan Scha dalam telemovie berjudul ‘Prebet Jamilah’.
Menurut Awal, tidak mudah untuk dia dan Scha bekerjasama kerana persekitaran kerja membuatkan dia dan Scha merasa tertekan.




poyo je diorg ni hehe
setuju… aku rasa diaorang ni couple paling poyo
mmg poyo…mmg tak jadi lah ni…Scha nak kawen?? alahh…muka2 sedia pun tada. muka playgal semakin terserlah ada lah. dulu sy minat lakonan dia ni..tapi semakin hari semakin tak minat pula…lagi2 bila jadi pegacara dlm rcgn poyo kata kau. rugi bayar astro ada rcgn merapu mcm gini! soalan tak ada ilmu pegetahuan langsung!~
aku pon nyampah dah ngn scha…
bwu putos ngn fahrin dah twuz ade awal..
awal jgn ckp ar…lg aku nyampah..
blakon smue cm poyo..
mang btol ar pasangan paling poyo..
kalo xkawen xtaw ar..
bagus laa kalo diorg plan nk kawen.. kalo xde plan korg ni jgk yg dok kutuk.. mase cover2 dulu, korg kate poyo, bile dah admit pon korg kate poyo.. so sape yg poyo sbnr nye, poyo?
eehh… muka si awal ni mcm muka buzen la… muka buzen lak mcm muka si awal nih… awal mcm buzen… kena tang mata tu sejibik… op sebijik, tpi buzen jauh lg besh dri si awal, slumber jer dia tu…
eh fahrin… pe kbr?
Awal yang GAY nak kawen dengan SCHA yang lesbian? HAHAHAHHAHAHAH! Alamak, hilang pahala pose aku!
Aku rasa berita ni just gosip jer.
Tak mana nak kawen…nama tgh naik.
betol3x.. ni juz gossip jer.. nk lebih famous..pe pon tahniah la..niat baik dah ade dpt pahale dah tu.. klu teruskan lg bek..
tah benar ke tak.. kalau nak kawin tu diam2 jelahkan.. bila dah kawin baru nak heboh sana sini.. kang tak jadi kawin malu gak…
artis oh artis
Kawen? Biar betikkkkk…..
ye ke…