fbpx

Osman Ali Enggan Arah Pilot Cafe & Masih Tuntut Bonus Ombak Rindu?

Apabila kami baca apa yang di’sampaikan oleh seorang ahli forum Cari hari ini, sumber yang menulis seperti sangat rapat dengan produksi yang terlibat. Seperti, pun boleh.

Khabarnya, penerbit filem Sharad Sharan kini sedang berusaha memujuk pengarah filem Cun & Ombak Rindu untuk kembali mengarah sebuah lagi filem adaptasi novel, Pilot Cafe.

Novel tersebut merupakan sebuah lagi novel nukilan Ahadiat Akashah & Osman Ali sehingga hari ini khabarnya masih belum memberikan kata persetujuan kepada produksi.

Sebagai salah satu usaha memujuk, Sharad Sharan khabarnya berbesar hati membelikan pakej pelancongan ke Itali buat Osman Ali dan isteri — namun masih tiada kata putus.

Osman Ali khabarnya enggan mengambil tugas mengarah Pilot Cafe kerana pihak produksi yang sama enggan memberikan sebarang bonus atas kejayaan Ombak Rindu.

Bukan kepada Osman Ali seorang tetapi kepada semua krew & tenaga kerja yang terlibat. Kiranya Osman Ali ini masih kuat prinsip dan semangat setia kawan beliau.

Kalau betul apa yang di’khabarkan, nampaknya Sharad Sharan sudah menemui formula berkesan untuk menarik penonton ke panggung wayang — Osman Ali & skrip adaptasi daripada novel. Heh.