fbpx

Ning Baizura Kecam Dakwaan Sertai PAS & Sebar Gambar Bertudung

Ning Baizura Kecam Dakwaan Sertai PAS & Sebar Gambar BertudungLagi kisah selebriti dengan politik? Apa kita semua boleh buat, khabar'nya pilihanraya semakin hampir dan kisah kisah sebegini menjadi lumrah sebelum musim gantung poster. Heh.

Jika semalam, ada kisah pihak mempersoalkan niat hijrah Abby Abadi sama ada kerana agama atau politik, Ning Baizura juga kini terkena tempias isu politik parti pembangkang.

Awal hari semalam, Ning Baizura melalui akaun Twitter beliau meng

ecam tindakan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mendakwa beliau sudah pun menyertai parti politik itu.

“PAS sebar fitnah katanya saya Ning Baizura sudah masuk parti pembangkang & sebarkan gambar saay bertudung untuk drama tahun lepas dari koleksi gambar!” tulis Ning Baizura.

Tindakan PAS menyebarkan gambar bertudung Ning Baizura juga di'kecam penyanyi ini kerana di'dakwa sebagai menggunakan hasil kerja lain untuk kepentingan politik.

Ning Baizura turut kongsikan keratan akhbar kenyataan salah seorang pemimpin tertinggi PAS tentang dakwaan yang Ning Baizura bakal menyertai PAS tidak lama lagi kepada Sinar Harian.

zp8497586rq