fbpx

Nenek Datuk Siti Nurhaliza Meninggal Dunia

Baru baru ini Datuk Siti Nurhaliza telah berkongsi kesedihan beliau atas pemergian neneknya, Teh Te’ek yang telah meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari kelmarin di Hospital Kuala Lipis, Pahang kerana sakit tua.

Allahyarham Teh Te’ek menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 91 tahun selepas dua minggu terlantar di hospital akibat pelbagai penyakit.

Nenek Siti Nurhaliza Meninggal Dunia - ROTIKAYA

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, kali terakhir beliau bertemu dengan Allahyarham adalah pada 2 Mei lalu sewaktu menghadiri majlis Malam Seribu Bintang anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di Kuala Lipis.

“Saya sempat melawat arwah nenek di Hospital Kuala Lipis pada sebelah petang. Sebelum ini arwah nenek memang selalu keluar masuk hospital kerana menghidapi pelbagai penyakit seperti kencing manis, buah pinggang dan jantung,” ujarnya.

Siti Nurhaliza terus pulang ke kampung halaman selepas menerima berita ini untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tempoyang, Kuala Lipis selepas solat Isyak malam kelmarin. (rtky/m)