Neelofa: Usah Ditanyakan Lagi Tentang Soal Cinta
Oleh RotiKaya Staff pada
05 January 2015, 12:01PM

Bukan mahu mengungkit kisah lama namun khabar angin yang Neelofa menerima lamaran dari kerabat tertentu masih menjadi tanda tanya dan bualan ramai walaupun sudah berkali kali pelakon juga pengacara ini memberikan kenyataan seakan menafikan perkara itu.

BACA: Neelofa Idamkan Majlis Nikah Di Pulau & Cari Lelaki Boleh Membimbing

Dalam temubual terbaru bersama Utusan Malaysia, Neelofa sekali lagi mengulasi pendirian untuk tidak terus menjawab apa apa soalan berkaitan kisah cintanya lebih lebih lagi soal lamaran dari istana yang didakwa telah diterima tidak berapa lama dulu.



“Kalau orang hendak anggap ada lamaran ke, hendak berkahwin ke, apa sekalipun biarlah mereka kekal dengan tanggapan mereka sahaja, saya tidak berhak untuk mengubah apa-apa. Yang Lofa tahu, untuk lebih selamat, baiklah Lofa sendiri ambil pendirian untuk kunci mulut. Saya hanya boleh cakap, saya tidak ada kata-kata untuk diungkapkan tentang itu,” ujarnya.

BACA: Neelofa Terus Berdiam Diri Isu Lamaran Dari Kerabat Diraja



Neelofa menambah soal kehidupan peribadi lebih lebih soal kahwin beliau lambat laun akan juga diketahui umum kerana statusnya sebagai seorang selebriti namun sehingga hari itu tiba, beliau mahu lebih fokus kepada cita cita peribadi dan kerjaya.

“Buat masa sekarang, perkahwinan saya yang sebenar-benarnya adalah dengan bisnes dan juga keluarga. Usah bertanya lagi soal pelik-pelik yang lain ya,” tambahnya. (rtky/m)


Komen & Lain-lain
9 komen untuk “Neelofa: Usah Ditanyakan Lagi Tentang Soal Cinta
  1. hade aku kesah says:

    Neeloda.. hahahahaha

  2. KAHKAH says:

    LODA TAK KISAH.

  3. mawarberduriaduhsakitnya says:

    kadang2 cantik minah ni…kadang2 mekap x kena gaya…nampak mcm over sikit…sorry lofa. u mmg dh cantik…xyh mekap beriya sgt lg cun…manis je nmpk nnt…

  4. safiah says:

    Assalam..sy tgk lofa ni makin lama tdg makin longgar..

  5. Batang Muda says:

    basi da neelofa ni.. next please…..

  6. Lantak Ko Lah says:

    dah kena reject la tu…..hahahaahahahahak

  7. loda loda says:

    ala dia ni. saje cri attention la tu. konon nk buat sidang media bulan September psl kene lamar istana..xde pon! lps tu dkt ig post2 gambar cincin la apela. boring! next pleaseee

  8. Anti-KAU says:

    Bodoh nya kamu semua ni wahai para pegomen

  9. Lopa poyo says:

    Lopaaak.. U ni poyooo laaahh! Propa lebey… Dah boring dgn drama C grade awok!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *